Wednesday, March 25, 2009

Hari yang Sungguh "Adeh...", "Waduh..", dan "Gamat sih..."


Tidak semua hari bermula dengan baik dan itulah yang berlaku pada seorang pelajar UofA, Mr. A(Bukan nama sebenar) pada pagi ini.


Rentetan kisah malang Mr.A

4.00pagi

Setelah penat mengulangkaji pelajaran ( betul ke??), Mr. A menerjunkan diri di atas katil yang empuk sambil menarik selimut. Dalam keadaan yang hampir terlena, dia memikirkan tentang perkara-perkara yang harus dilakukannya selepas bangun dari tidurnya nanti.

"Esok kelas EN PH 131 pukul 9, pastu kelas MATH101 pukul 10, pastu ade Math 101 Lab pukul 11, pastu kelas MATH102 pukul 12, pastu..........(tertidur sambil mengeluarkan bunyi dengkuran yang kurang menyenangkan) 

9.30pagi

"Alamak, dah terlepas kelas EN PH! Aduh...lupa nak kunci jam pulak! Tak pe la nak buat camne. Pegi kelas Math la kejap lagi pukul 10....................(Tertidur balik)"

10.30pagi

"Adus, camne aku boleh tertido balik ni????!!!ARRGGGGHHH!!!!!"

Terlepas kelas lagi.......adeh....

Dengan perasaan menyesal dan kecewa, lantas Mr.A bangun dengan pantas dan menggapai tualanya. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Mr. A mengalami satu kesakitan yang amat perit pada perutnya. Mr. A sedar yang ini bukannya sakit yang biasa dia alami ( yang akan pulih sepenuhnya selepas berkunjung ke tandas). Berbekalkan semangat yang kental untuk tidak mahu lagi ponteng  kelas buat kali ketiga berturut-turut, lantas Mr. A mengambil satu penawar sakit perut yang didatangkan khas dari tanah airnya, Malaysia dan tidak perlu diperkenalkan lagi bagi rakyat Malaysia yang sering mengalami kerumitan di perutnya.   

                                                  
Ketika sedang bergelumang dengan kesakitan yang amat perit di perutnya, Mr. A melihat jam di tangan.....

"Alamak, dah pukul 11.15!! Kalau pegi buat lab quiz tgh2 sakit camni, jangan harap la nak score. Adusssss...........sedih sungguh"

Akibatnya, ponteng jugak kelas buat kali ketiga berturut-turut.......adeh....

11.55pagi

Jam hampir menunjukkan pukul 12 dan Mr.A sepatutnya pergi ke kelas MATH 102. Malangnya, tiada tanda-tanda yang menunjukkan kesakitan di perutnya akan beransur pulih...

Akibatnya, terpaksa jugak ponteng kelas ni.........adeh......

Tahniah kepada Mr.A kerana ponteng semua kelasnya pada hari ini!!



Begitulah permulaan hari yang sungguh menyedihkan buat Mr.A.


p/s: Nasihat penulis kepada Mr.A

  1. Jangan tidur lambat atau dengan  bahasa pasar," Dah tau ade kelas pagi, yang kau pegi tido lmbt buat pe??Adus..."
  2. Jaga pemakanan atau dengan bahasa pasar," Tu la kau, makan xingat dunia. Main bedal je. Skrg padan muka kau"
  3. Hentikanlah sikap malas atau dengan bahasa pasar," Wei, mangkuk! Final dah nak dekat.Kau ni xreti2 nak study ke??"
Anak kepada p/s:  Penulis masih lagi mengalami kesakitan ketika sedang menulis post ni....(Yes, Mr.A is me!)

Monday, February 16, 2009

Impian : Fantasi atau Realiti?

Ketika saya sedang mencoretkan tajuk post ini, minda saya terbawa kepada ingatan saya di
zaman kanak-kanak, kira-kira 15 tahun yang lalu. Sering kali juga saya berilusi dan berfantasi ( biasa lah budak-budak, pikir benda merepek-repek). Bila saya melihat pelangi di langit, saya selalu mengimpikan untuk menggapainya dan mencari di manakah kaki pelangi. Dan bila malam menjelang tiba, saya sering merenung ke bulan. Sambil mengangkat tangan ke arah bulan yang gemerlapan, saya berfikir," Adakah aku dapat menyentuh dirimu, wahai bulan?"

 
Tiba-tiba, terdengar satu suara yang memang kenal sangat..Mak..

" Add, buat pe duduk kat luar tu?? Dah2 masuk rumah."
........................................................................................................................................................................


Impian...

Bila kita bercakap tentang impian, biasanya apa yang kita impikan adalah 

 ~Sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita kecapi di masa sekarang?
 ~Sesuatu yang mampu memberi impak yang besar kepada hidup kita?
 ~Sesuatu yang memberi kita kepuasan?
 ~Dan adakala sesuatu yang tidak pernah masuk dek akal fikiran....mungkin.

Tak kiralah apa pun yang kita impikan...Nak dapat rumah besar ke, kereta besar ke, bini besar ke(ooppss..) dan sebagainya..

Satu persoalan kini bermain di fikiran anda..


Adakah impianku ini akan menjadi realiti atau hanya sekadar fantasi?



Mungkin ada jawapan di sebalik kisah ini..


DORAEMON----Final Chapter


 
   Pelbagai cabaran dan rintangan akan menghalang kita untuk menggapai impian kita sehinggakan  kita nyaris tewas di pertengahan jalan. Namun, itu tidak bermakna kita harus berhenti dari terus mengejar impian...

Janganlah jadi seperti Mat Jenin ataupun Si Luncai yang terjun bersama-sama dengan labu-labunya..

Selagi kita terus berusaha dan tabah menghadapi segala cabaran yang mendatang...

InsyaAllah..

Impian yang dahulunya sekadar fantasi mungkin menjadi realiti kelak.

Salam..

p/s : Such an unexpected ending...a story of friendship, determination and ability to change the future. Love to read page 8-9..

Sunday, February 8, 2009

Adeh..

Oleh sebab penulis sedang mengalami masalah mental dan sedang bergasak dengan midterm MATH 101 dan ENCOMP 100 yang akan menjelang pada minggu depan, penulis tidak berkesempatan untuk meng'update' blog ini dengan post-post terbaru. Walaupun sibuk, tapi itu tidak bermakna penulis akan terlupa untuk menonton episod terbaru Rona Roni Makaroni (Episod 11)



p/s: Sian sungguh Rona a.k.a Sharifah Amani kat penghujung episod ini. Xpe la, aku faham perasaan dia.

anak kepada p/s: Ni la orang kata cakap x serupa bikin ( Amaran: Jgn tiru perangai penulis kerana ini tidak baik untuk kesihatan)

Thursday, January 29, 2009

Alamak!

Hari ini merupakan hari yang agak meletihkan.Tak tau la kenapa. Waktu dalam kelas Chemistry tadi,banyak kali jugak saya menganggukkan kepala.Bukannya tanda faham. Tanda mengantuk tahap maksima.Selepas tu,saya dan rakan-rakan saya, saudara Najib, Danial, Hilmi dan Izzat menuju ke restoran Kabsa untuk memenuhkan perut yang masih belum diisi. Penat mengunyah ayam, saya pulang ke bilik dengan harapan untuk menyiapkan assignment Math 101 yang harus ditelan oleh mailbox lecturer saya selewat-lewatnya petang esok.

Alamak, asal terbukak youtube ni??

Sekali ada episod baru Rona Roni Makaroni.Kejap lagi la buat. ( Amaran: Jangan amalkan budaya ini)



p/s: Comel pulak Syarifah Amani ni. Sorry la en.Khalis.hehe..