Thursday, October 29, 2009

Sorry!

Assalamualaikum..

Pertama sekali, saya memohon maaf kerana tidak mengemaskinikan blog ini dalam tempoh yang agak panjang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dari saat ini, saya akan cuba untuk kembali aktif menulis blog seperti dulu. Terima Kasih

Pencinta Rempeyek.


Monday, May 11, 2009

For Tomorrow Might Never Come....



Life's changing every moment
Life is now a shade
Life is now sunshine 
Every moment on earth
Live life to the fullest
Whatever time you have is yours
For tomorrow might never come....



Just a piece of thought before I ride on my 'bike' and leave for the math class. Damn it, i'm late! See you then!



#p/s Sorry coz I didn't update this blog for such a long time. Yay, I'll update more often in upcoming days..

Monday, April 6, 2009

Happy 24th Wedding Anniversary to My Mum and Dad!


To Mak and Ayah,

Just wanna wish you a happy 24th Wedding Anniversary!!  Both of you will always be the best in my heart.
 



Yellow Rulez!!





   
Yay..I Love My Mother and Father!! (She's so cute and adorable)


p/s: Best of luck to all my friends who gonna sit for final exams soon. (Dah study ke belum?)
Son of p/s: Thanks Aziz for the video.I love it though!

Wednesday, March 25, 2009

Hari yang Sungguh "Adeh...", "Waduh..", dan "Gamat sih..."


Tidak semua hari bermula dengan baik dan itulah yang berlaku pada seorang pelajar UofA, Mr. A(Bukan nama sebenar) pada pagi ini.


Rentetan kisah malang Mr.A

4.00pagi

Setelah penat mengulangkaji pelajaran ( betul ke??), Mr. A menerjunkan diri di atas katil yang empuk sambil menarik selimut. Dalam keadaan yang hampir terlena, dia memikirkan tentang perkara-perkara yang harus dilakukannya selepas bangun dari tidurnya nanti.

"Esok kelas EN PH 131 pukul 9, pastu kelas MATH101 pukul 10, pastu ade Math 101 Lab pukul 11, pastu kelas MATH102 pukul 12, pastu..........(tertidur sambil mengeluarkan bunyi dengkuran yang kurang menyenangkan) 

9.30pagi

"Alamak, dah terlepas kelas EN PH! Aduh...lupa nak kunci jam pulak! Tak pe la nak buat camne. Pegi kelas Math la kejap lagi pukul 10....................(Tertidur balik)"

10.30pagi

"Adus, camne aku boleh tertido balik ni????!!!ARRGGGGHHH!!!!!"

Terlepas kelas lagi.......adeh....

Dengan perasaan menyesal dan kecewa, lantas Mr.A bangun dengan pantas dan menggapai tualanya. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Mr. A mengalami satu kesakitan yang amat perit pada perutnya. Mr. A sedar yang ini bukannya sakit yang biasa dia alami ( yang akan pulih sepenuhnya selepas berkunjung ke tandas). Berbekalkan semangat yang kental untuk tidak mahu lagi ponteng  kelas buat kali ketiga berturut-turut, lantas Mr. A mengambil satu penawar sakit perut yang didatangkan khas dari tanah airnya, Malaysia dan tidak perlu diperkenalkan lagi bagi rakyat Malaysia yang sering mengalami kerumitan di perutnya.   

                                                  
Ketika sedang bergelumang dengan kesakitan yang amat perit di perutnya, Mr. A melihat jam di tangan.....

"Alamak, dah pukul 11.15!! Kalau pegi buat lab quiz tgh2 sakit camni, jangan harap la nak score. Adusssss...........sedih sungguh"

Akibatnya, ponteng jugak kelas buat kali ketiga berturut-turut.......adeh....

11.55pagi

Jam hampir menunjukkan pukul 12 dan Mr.A sepatutnya pergi ke kelas MATH 102. Malangnya, tiada tanda-tanda yang menunjukkan kesakitan di perutnya akan beransur pulih...

Akibatnya, terpaksa jugak ponteng kelas ni.........adeh......

Tahniah kepada Mr.A kerana ponteng semua kelasnya pada hari ini!!



Begitulah permulaan hari yang sungguh menyedihkan buat Mr.A.


p/s: Nasihat penulis kepada Mr.A

  1. Jangan tidur lambat atau dengan  bahasa pasar," Dah tau ade kelas pagi, yang kau pegi tido lmbt buat pe??Adus..."
  2. Jaga pemakanan atau dengan bahasa pasar," Tu la kau, makan xingat dunia. Main bedal je. Skrg padan muka kau"
  3. Hentikanlah sikap malas atau dengan bahasa pasar," Wei, mangkuk! Final dah nak dekat.Kau ni xreti2 nak study ke??"
Anak kepada p/s:  Penulis masih lagi mengalami kesakitan ketika sedang menulis post ni....(Yes, Mr.A is me!)

Monday, February 16, 2009

Impian : Fantasi atau Realiti?

Ketika saya sedang mencoretkan tajuk post ini, minda saya terbawa kepada ingatan saya di
zaman kanak-kanak, kira-kira 15 tahun yang lalu. Sering kali juga saya berilusi dan berfantasi ( biasa lah budak-budak, pikir benda merepek-repek). Bila saya melihat pelangi di langit, saya selalu mengimpikan untuk menggapainya dan mencari di manakah kaki pelangi. Dan bila malam menjelang tiba, saya sering merenung ke bulan. Sambil mengangkat tangan ke arah bulan yang gemerlapan, saya berfikir," Adakah aku dapat menyentuh dirimu, wahai bulan?"

 
Tiba-tiba, terdengar satu suara yang memang kenal sangat..Mak..

" Add, buat pe duduk kat luar tu?? Dah2 masuk rumah."
........................................................................................................................................................................


Impian...

Bila kita bercakap tentang impian, biasanya apa yang kita impikan adalah 

 ~Sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita kecapi di masa sekarang?
 ~Sesuatu yang mampu memberi impak yang besar kepada hidup kita?
 ~Sesuatu yang memberi kita kepuasan?
 ~Dan adakala sesuatu yang tidak pernah masuk dek akal fikiran....mungkin.

Tak kiralah apa pun yang kita impikan...Nak dapat rumah besar ke, kereta besar ke, bini besar ke(ooppss..) dan sebagainya..

Satu persoalan kini bermain di fikiran anda..


Adakah impianku ini akan menjadi realiti atau hanya sekadar fantasi?



Mungkin ada jawapan di sebalik kisah ini..


DORAEMON----Final Chapter


 
   Pelbagai cabaran dan rintangan akan menghalang kita untuk menggapai impian kita sehinggakan  kita nyaris tewas di pertengahan jalan. Namun, itu tidak bermakna kita harus berhenti dari terus mengejar impian...

Janganlah jadi seperti Mat Jenin ataupun Si Luncai yang terjun bersama-sama dengan labu-labunya..

Selagi kita terus berusaha dan tabah menghadapi segala cabaran yang mendatang...

InsyaAllah..

Impian yang dahulunya sekadar fantasi mungkin menjadi realiti kelak.

Salam..

p/s : Such an unexpected ending...a story of friendship, determination and ability to change the future. Love to read page 8-9..

Sunday, February 8, 2009

Adeh..

Oleh sebab penulis sedang mengalami masalah mental dan sedang bergasak dengan midterm MATH 101 dan ENCOMP 100 yang akan menjelang pada minggu depan, penulis tidak berkesempatan untuk meng'update' blog ini dengan post-post terbaru. Walaupun sibuk, tapi itu tidak bermakna penulis akan terlupa untuk menonton episod terbaru Rona Roni Makaroni (Episod 11)



p/s: Sian sungguh Rona a.k.a Sharifah Amani kat penghujung episod ini. Xpe la, aku faham perasaan dia.

anak kepada p/s: Ni la orang kata cakap x serupa bikin ( Amaran: Jgn tiru perangai penulis kerana ini tidak baik untuk kesihatan)

Thursday, January 29, 2009

Alamak!

Hari ini merupakan hari yang agak meletihkan.Tak tau la kenapa. Waktu dalam kelas Chemistry tadi,banyak kali jugak saya menganggukkan kepala.Bukannya tanda faham. Tanda mengantuk tahap maksima.Selepas tu,saya dan rakan-rakan saya, saudara Najib, Danial, Hilmi dan Izzat menuju ke restoran Kabsa untuk memenuhkan perut yang masih belum diisi. Penat mengunyah ayam, saya pulang ke bilik dengan harapan untuk menyiapkan assignment Math 101 yang harus ditelan oleh mailbox lecturer saya selewat-lewatnya petang esok.

Alamak, asal terbukak youtube ni??

Sekali ada episod baru Rona Roni Makaroni.Kejap lagi la buat. ( Amaran: Jangan amalkan budaya ini)



p/s: Comel pulak Syarifah Amani ni. Sorry la en.Khalis.hehe..

Wednesday, January 28, 2009

Laughter is the best medicine

Tekanan, masalah, kekusutan, kekeliruan, keserabutan, ketegangan atau perkataan-perkataan yang seumpama dengannya sering kali menghantui diri kita baik yang muda, tua, separuh umur, xcukup umur dan sebagainya. Itulah salah satu rona kehidupan seorang insan yang bertapak di muka bumi ni. Sebagai seorang pelajar, kita juga tak dapat lari dari menghadapi masalah. Walaupun ia sudah menjadi lumrah untuk kita menghadapi masalah, namun itu tidak bermakna kita harus membiarkan diri kita dari terus dibelenggu masalah yang seterusnya membawa kita kepada suatu tahap yang dipanggil stress. Sebaliknya kita harus bijak mengatur strategi bagi mengurangkan kekusutan tersebut.

Teringat saya pada satu pepatah Inggeris yang mengatakan "Laughter is the best medicine".Tika saya sedang menulis post ini, saya terjumpa satu artikel yang berkait rapat dgn pepatah tersebut.Ini merupakan sebahagian dari artikel tersebut.

"ScienceDaily (Jan. 26, 2008) — Laughter is the best medicine. We’ve heard the expression time and again. For decades, researchers have explored how humor helps patients relieve stress and heal. Melissa B. Wanzer, EdD, professor of communication studies at Canisius College in Buffalo, NY, has taken it one step further, with her research on how humor helps medical professionals cope with their difficult jobs. She also looked at how humor affects the elderly and how it can increase communication in the workplace and in the classroom....."

Canisius College (2008, January 26). Laughter Is The Best Medicine. ScienceDaily. Retrieved January 29, 2009, from http://www.sciencedaily.com/releases/2008/01/080124200913.htm



Saya tertarik dengan artikel di atas yang mengatakan bahawa ketawa mampu mengurangkan stress.

Oleh hal yang demikian, saya cuba untuk mengenalpasti kesahihannya dengan menonton video ini. Terima kasih kepada saudara Najib yang mengesyorkan video ini kepada saya dan tidak lupa juga kepada saudara Danial Allias yang merupakan orang yang pertama ketawa terbahak-bahak selepas menonton video ini.


Setelah saya menonton video ini, tak salah lagi pepatah itu benar!
Laughter is the best medicine

Monday, January 19, 2009

Hitam Putih Kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan




Sunday, January 18, 2009

Definisi seorang sahabat

Bagaimana anda mendefinisikan perkataan 'sahabat'?

Adakah seorang sahabat adalah seperti rakan biasa; rakan sepermainan, rakan setumbuk setampar , rakan segelak ketawa mahupun rakan sepiring secawan sepinggan sesudu?

Ada juga yang definisikan seorang sahabat ibarat lilin yang membakar dirinya untuk kesenangan orang lain mahupun ibarat pungguk rindukan bulan.

Dengan kata yang lain, seorang sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya dan tidak akan melupakannya walau apa jua yang terjadi.

Dan seorang sahabat juga mana mungkin membiarkan sahabatnya terus terlopong dihujani musibah dan kekangan.

Anda punya sahabat bukan?

Jadi sudah tentu anda tahu menilai definisi seorang sahabat di dalam dirinya.

Tapi yang paling penting,

Ketika dia masih bersama anda,
Hargailah dia.

Bila dia sudah hilang dari pandangan mata,
Sudah terlambat untuk menghargainya jika dia sudah hilang buat selama-lamanya.
Tapi masih belum terlambat jika dia hilang buat seketika.
Mungkin dia punya alasannya sendiri untuk melakukan itu dan jangan pula anggap yang dia sudah melupakan anda..

Kerna..

Seorang sahabat mana mungkin melupakan sahabatnya.

Salam